Rumah tradisional orang-orang Melayu Melaka pada kebiasaanya berteraskan bumbung atap yang panjang dan sesuatu yang menjadi tanda pengenalan bagi rumah Melayu Melaka adalah mempunyai tangga batu yang istimewa ianya unik berbanding dengan rumah tradisional orang Melayu di negeri-negeri lain.
Keunikan tangga batu ini diperindahkan lagi dengan jubin pelbagai corak disamping ukiran-ukiran kayu pada tiang, pintu, tingkap dan papan gendeng. Keserian rumah tradisional Melayu Melaka ini ditambah lagi dengan lanskap laman yang biasanya dihiasi dengan pokok-pokok bunga khususnya bunga kertas yang diletak dalam pasu beralaskan batu bata dan disusun disekitar bahagian hadapan rumah.
Rumah tradisional orang Melayu Melaka ini jelas menunjukkan ketinggian kreativiti dan keprihatinan terhadap unsur alam sekitar telah diabadikan ke atas tempat kediaman, begitulah indah dan seninya orang-orang Melayu di Melaka.
20. rumah tradisional melayu melaka di pengkalan batu
18. rumah tradisional melayu melaka di alor gajah
17. rumah tradisional melayu melaka di paya sum
tangga batu rumah tradisional melayu melaka di paya sum
16. rumah tradisional melayu melaka di masjid tanah
tangga batu rumah tradisional melayu melaka di masjid tanah
15. rumah tradisional melayu melaka di kg. empang batu
tangga batu rumah tradisional melayu melaka di kg. empang batu
14. rumah tradisional melayu melaka di alor gajah
12. rumah tradisional melayu melaka di kg. sungai buloh
tangga batu rumah tradisional melayu melaka di kg. sungai buloh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan