Rumah tradisional orang-orang Melayu Melaka pada kebiasaanya berteraskan bumbung atap yang panjang dan sesuatu yang menjadi tanda pengenalan bagi rumah Melayu Melaka adalah mempunyai tangga batu yang istimewa ianya unik berbanding dengan rumah tradisional orang Melayu di negeri-negeri lain.
Keunikan tangga batu ini diperindahkan lagi dengan jubin pelbagai corak disamping ukiran-ukiran kayu pada tiang, pintu, tingkap dan papan gendeng. Keserian rumah tradisional Melayu Melaka ini ditambah lagi dengan lanskap laman yang biasanya dihiasi dengan pokok-pokok bunga khususnya bunga kertas yang diletak dalam pasu beralaskan batu bata dan disusun disekitar bahagian hadapan rumah.
Rumah tradisional orang Melayu Melaka ini jelas menunjukkan ketinggian kreativiti dan keprihatinan terhadap unsur alam sekitar telah diabadikan ke atas tempat kediaman, begitulah indah dan seninya orang-orang Melayu di Melaka.
30. rumah tradisional melayu melaka di kg. paya rumput
tangga batu rumah tradisional melayu melaka di kg. paya rumput
25. rumah tradisional melayu melaka di kg. parit penghulu
tangga batu rumah tradisional melayu melaka di kg. parit penghulu
24. rumah tradisional melayu melaka di kg. sebatu
tangga batu rumah tradisional melayu melaka di kg. sebatu
23. rumah tradisional melayu melaka di kg. sebatu
tangga batu rumah tradisional melayu melaka di kg. sebatu
tangga batu rumah tradisional melayu melaka di jasin
21. rumah tradisional melayu melaka di jasin
tangga batu rumah tradisional melayu melaka di jasin